Hi-Tea Bersamamu Palestin di Kelantan

Perutnya kempis… matanya sayu… tangannya terkulai lemah.

Di sisi ibunya, seorang bayi kecil menangis tanpa suara, air mata kering sebelum sempat menitis. Bukan hanya tiada susu, tapi sudah tiada lagi tenaga untuk menangis.

Anak-anak kecil di Palestin ini berhadapan dengan maut kerana krisis kelaparan yang amat dahsyat.

Anda mampu mengubah nasib mereka.

Sedikit dari poket kita, mungkin menjadi nyawa untuk mereka.

Sumbangkan sekarang. Selamatkan nyawa, sebelum mereka pergi untuk selamanya.

Majlis Hi-Tea Bersamamu Palestin dianjurkan dengan tujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin yang amat memerlukan.

Anda boleh membantu dengan:

Membeli kerusi / meja Hi-Tea Bersamamu Palestin
Menaja kerusi / meja / hadiah
Memberi sumbangan serendah RM10.00 atau lebih menerusi pautan yang kami sediakan
Bertekad untuk hadir ke Hi-Tea Bersamu Palestin untuk sokongan
Menyampaikan sumbangan pada hari majlis Hi-Tea Bersamamu Palestin

Pembelian kerusi / meja adalah menerusi link di bawah:

https://mycare.qrd.by/mrtkelantan

Info lanjut :
Encik Ab Rahman
(www.wasap.my/601161022085)

Encik Ruzaimi
(www.wasap.my/60193450599)

Terima kasih dan jazakumullah khairan kathira di atas solidariti dan sokongan anda semua.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO