Mereka pernah berkhidmat demi tanah air, namun di usia emas ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpencen berdepan dengan cabaran hidup.
Prihatin dengan keadaan ini, MyCARE dengan kerjasama Persatuan Veteran ATM Tidak Berpencen Cawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan 50 pek makanan dan bantuan tunai RM100 kepada 50 penerima di Pusat Komuniti Taman Alamanda, Senawang pada 16 Ogos 2025.
Pek makanan ini mengandungi barangan asas harian yang dapat membantu meringankan beban para veteran serta keluarga mereka.
Sumbangan ini bukan sekadar bantuan, tetapi tanda penghargaan atas pengorbanan mereka yang pernah mempertaruhkan tenaga dan nyawa demi keselamatan serta keamanan negara.
Ayuh bersama MyCARE dalam membantu mereka dengan menyumbang kepada kempen MyPrihatin.
Sumbangan boleh dilakukan:
https://mycare.qrd.by/myprihatin
West Bank Series: Land Grab in Palestine
We’ve all seen the well shared maps showing the relentless theft of Palestinian land. But with the ongoing escalation and erasure across Gaza, the West