Majlis Iftar Perdana bersama para guru di Gaza

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1536402926383370/

Guru di Gaza mahu berbuka puasa bersama guru Malaysia di bumi Palestin!
Dalam satu majlis iftar perdana, MyCARE Gaza telah menjemput 500 orang guru untuk diraikan jasa mereka dalam sektor pendidikan di Palestin. Majlis iftar ini telah diadakan bertempat di Sekolah Ahmad al-Shuqairy, Gaza.




Ketua Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Palestin, Kamal Abu Aoun memberikan penghargaan kepada MyCARE atas segala usaha membangunkan sektor pendidikan di Palestin selama ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Palestin dan Jabatan Pengajian Tinggi Palestin. Beliau mengharapkan MyCARE menjadi jambatan penghubung antara saudara di Malaysia dan saudara di Palestin, yang mampu memecahkan kepungan dan sempadan.
Dr. Khaled al-Mozayan, Ketua Organisasi Guru Gaza mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara di Malaysia atas sokongan kepada para guru dan pembangunan pendidikan di Palestin. Beliau menambah bahawa guru-guru ini tidak mendapat gaji dan sentiasa ikhlas mendidik rakyat Palestin. Beliau mengharapkan suatu hari nanti para guru di Gaza dapat berbuka puasa bersama-sama guru Malaysia di bumi Palestin.




Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Kami mewakili MyCARE Gaza serta para guru di Gaza mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA di dalam kempen MyRamadan 1438H.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.