Ini Kisah Mereka – Misi MyCARE ke Arakan

https://www.facebook.com/nusantaracare/videos/858975637599507/

 
Ayuh saksikan bingkisan Misi MyCARE ke Arakan pada awal Ramadan yang lalu bagi menyalurkan sumbangan kepada komuniti muslim di Myanmar terutama di kem-kem pelarian di Sittwe, Arakan.
Misi pada tahun ini disertai oleh:
1) Abdul Hafidz Hashim (Pengurus Kanan MyCARE)
2) Muhammad Aiman Mohd Zin (Pengurus Dana MyCARE)
3) Aminuddin (Pengerusi MyCARE Shah Alam)
4) Mazli Othman (Pengerusi MyCARE Hulu Selangor)
Sumbangan sebanyak RM110,000 berjaya disalurkan dalam bentuk makanan dan aqiqah yang disalurkan kepada lebih 720 keluarga (3600 penerima manfaat) yang telah dikenalpasti.
Sumbangan Pek Makanan:
1) Beras (20 kg)
2) Gula (2 kg)
3) Susu pekat (1 tin)
4) Minyak Masak (2 L)
5) Mee Hon (2 Paket)
6) Mee (3 Paket)
7) Kentang (1.5 kg)
8) Bawang besar (1.5 kg)
9) Kacang kuda (1.5 kg)
10) Kacang Dhal (1.5 kg)
Misi juga membawa vitamin C, gula-gula, bola dan tali skipping untuk diberikan sebagai hadiah kepada kanak-kanak Rohingya di beberapa buah kem.
Selama 6 hari kami telah menyalurkan bantuan ke kem-kem berikut di Daerah Sittwe, Arakan.
a) Kampung Bumay 6
b) Kem Pelarian Thae Chaung
c) Kampung Bohar Fora
d) Kem Pelarian Darpine
e) Shabok
f) Kampung Ohn Rey Paw
TERIMA KASIH kepada para dermawan yang menyumbang ke Tabung MyRamadan!
Semoga Allah merahmati kalian!
Sumbangan masih diperlukan. Jom menderma secara ONLINE di www.billplz.com/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.