MyCARE terima sumbangan daripada PKNS

SHAH ALAM, 8 Jun 2017 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menerima sumbangan ikhlas dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di dalam satu majlis berbuka puasa PKNS 2017.
Pengurus Besar PKNS, Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd. Yusof menyatakan majlis berbuka ini adalah untuk merapatkan silaturrahmi sesama ahli PKNS serta menyalurkan sumbangan zakat kepada NGO-NGO yang memerlukan.





MyCARE telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 untuk disalurkan ke Pusat Komuniti Rose2Rose di Antakya, Syria.
Pihak MyCARE berbesar hati atas sumbangan ikhlas yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada PKNS atas jemputan ke majlis berbuka puasa serta sumbangan ikhlas.
Semoga warga PKNS sentiasa dirahmati Allah.
Foto: MyCARE, Komunikasi Korporat PKNS

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa