Selamatkan Anak-Anak Yaman daripada Krisis Kemanusiaan

Yaman kekal sebagai salah satu negara yang mempunyai krisis kemanusiaan terbesar di dunia. Kira-kira 9.8 juta kanak-kanak di Yaman terdedah kepada krisis kemanusiaan seperti pengeksploitasian, keganasan dan penderaan, buruh kanak-kanak, pembunuhan dan kecacatan, perkahwinan kanak-kanak dan tekanan psikososial.

Krisis yang mencengkam Yaman telah mendorong kanak-kanak ini ke jurang untuk merampas hak asasi manusia yang paling asas. Namun, setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk berkembang maju dan mengimpikan hari esok yang lebih cerah. Oleh itu, MyCARE telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak di Yaman melalui Projek Kempen Penajaan Anak Yatim Yaman.

Projek ini adalah berbentuk penajaan kewangan yang mana ianya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian seperti perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan. Ringkasnya, projek penajaan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak di Yaman untuk bertahan dan mengatasi kesukaran.

Mari bantu anak-anak di Yaman menuntut semula zaman kanak-kanak mereka daripada cengkaman konflik!

Taja anak yatim Yaman secara bulanan atau tahunan di:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/anakyatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per