Palestin: Kemenangan Yang Dekat

Bermula dari tahun 1948 sehinggalah ke hari ini, bumi Palestin terus berduka. Duka yang umpama tiada pengakhiran.

Tidakkah kita sakit hati melihat saudara seislam ini terus diserang?

Rumah yang dijadikan sebagai tempat berlindung, kini sudah tidak selamat untuk didiami. Mereka dimusnahkan dengan bedilan bom secara membabi buta. Ada yang kehilangan ibu dan ayah. Ada yang lumpuh, buta, malah kehilangan anggota badan. Malah lebih menyayat hati, ada yang terpaksa meredhai pemergian anak kecil sebagai syuhada.

Ketika melihat penderitaan mereka dari jauh, terlintaskah di fikiran tentang sejarah, isu dan perjuangan Palestin yang sebenar? Mungkin ada yang telah khatam mengenainya, namun belum tentu memahami sepenuhnya. Ini yang pasti.

***

Jom bersama-sama hadir bagi mendengarkan kupasan buku ‘Palestin: Kemenangan yang Dekat’ daripada penulis buku sendiri, Yg Bhg Dr. Hafidzi bin Mohd Noor.

Tarikh: 29hb Mei 2024 (Rabu)
Masa: 2:00 – 3:00 petang
Tempat: Pentas Dunia Buku, Dewan Merdeka, WTCKL

Moderator: Saudari Hafsa Azhari

Mudah-mudahan, kupasan tentang isu Palestin yang dijarah ini mampu membuka mata hati kita semua untuk terus berjuang bersama mereka hingga ke titis darah terakhir!

Jumpa anda di sana!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan