HI-TEA FUNDRAISER 2022

Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan para dermawan yang telah menyumbang dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan MyCARE, selain mengumpul dana bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan MyCARE baik di dalam dan di luar negara.


Majlis ini merupakan sebahagian daripada program MyCARE Road Tour (MRT) 2022/2023.

Sumbangan Anda Mencipta Perubahan

#BinaSemulaGaza

Sasaran : RM 1,140,000

Serangan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas wilayah kecil di Palestin itu. Sekatan ekonomi yang berterusan sejak 2007 juga telah menyebabkan peningkatan kadar kemiskinan dan penggangguran.

 

Oleh itu MyCARE sedang menyusun bantuan dan projek untuk #BinaSemulaGaza. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah membaikpulih rumah kediaman, membantu kurangkan kadar penggangguran dan bantuan meliputi tangki air dan sistem irigasi untuk membina semula kehidupan mereka.

#BantuanMusimSejuk

Sasaran : RM 1,000,000

Setiap kali tiba musim sejuk, MyCARE akan menyusun bantuan ke kem-kem pelarian khususnya di Palestin, Syria dan Lubnan. Bantuan yang disalurkan meliputi pek makanan, selimut, pakaian dan alat pemanas. Bantuan ini mampu menyelamatkan nyawa.

Untuk musim sejuk 2022/2023, MyCARE akan meluaskan projek ini ke Afghanistan ekoran terdapat keperluan mendesak di sana.

#RumahUntukSyria

Sasaran : RM 850,000

Konflik berpanjangan di Syria telah menyebabkan lebih 200,000 keluarga masih tinggal di bawah khemah dalam keadaan serba kekurangan.

 

Dengan kerjasama ATAA Relief Association, MyCARE merancang untuk membina 50 unit rumah sementara (2 bilik tidur, dapur dan tandas) untuk memberi perlindungan yang sewajarnya kepada keluarga ini khususnya ketika musim panas dan musim sejuk.

#BantuanKecemasanBanjir

Sasaran : RM 1,000,000

Perubahan iklim dunia turut memberi kesan kepada masyarakat Malaysia. Musim tengkujuh 2021/2022 menyaksikan sebahagian besar wilayah di Malaysia, termasuk Lembah Klang, telah dilanda banjir besar.

 

Malaysia dijangka sekali lagi akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa sepanjang Monsun Timur Laut 2022/2023. MyCARE akan meneruskan koordinasi dengan Agensi Pengurusuan Bencana Negara (NADMA) untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir.

#PrihatinB40

Sasaran : RM 270,000

Kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dirasai oleh sebahagian besar keluarga B40 di Malaysia.

 

Bagi meringkan beban mereka, MyCARE merancang untuk meneruskan projek bantuan pek makanan dan wang tunai secara berkala kepada keluarga yang terkesan.

AY

#PenajaanAnakYatim

Sasaran : RM 684,000

Penajaan anak yatim merupakan projek pertama MyCARE ketika kami ditubuhkan pada 2010. Sehingga kini, hampir 700 orang anak yatim Palestin dan Syria menerima bantuan sara hidup dari MyCARE pada setiap tahun.

 

MyCARE mensasarkan untuk meningkatkan jumlah ini kepada 1,000 orang. Semoga dengan penajaan ini, anak-anak para syuhada ini akan memperoleh peluang yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

asnaf

#PenajaanAsnaf

Sasaran : RM 1,000,000

Sekatan ekonomi Israel ke atas Gaza melebihi 40% (tertinggi di dunia). Sekatan ini juga menyebabkan hampir 80% penduduk Gaza bergantung harap kepada bantuan kemanusiaan.

 

Penajaan Keluarga Asnaf merupakan salah satu daripada usaha MyCARE untuk memberi perlindungan kepada keluarga asnaf di Gaza daripada kesan buruk kemiskinan tegar.

#PendidikanRohingya

Sasaran : RM 300,000

MyCARE telah bertekad untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan.

 

Bermula dengan penubuhan Tahfiz Al-Amin di Seri Kembangan pada tahun 2017, MyCARE kemudian telah menubuhkan dua buah lagi pusat pembelajaran (Learning Centre,LC) di Kulai, Johor dan Sungai Tekali, Selangor berdasarkan keperluan komuniti di dua lokasi tersebut.

AAH

#AdoptAHafiz

Sasaran : RM 270,000

Adopt A Hafiz (AAH) adalah salah satu daripada “Flagship Project” MyCARE. Projek ini bertujuan mengukuhkan sahsiah generasi muda di Palestin sebagai bekalan terbaik untuk mereka mendepani cabaran hidup di bumi barakah tersebut.

 

Bermula di Gaza, MyCARE kini telah meluaskan projek ini ke Baitulmaqdis. MyCARE mencari sekurang-kurangnya 300 lagi penajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar kepada 800 orang untuk sesi 2022/2023.

dananita

#DanaNita

Sasaran : RM 170,000

Serangan dan sekatan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan banyak keluarga di Gaza kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

 

Untuk meningkatkan sosioekonomi keluarga di Gaza dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kemanusiaan, khususnya dari kalangan ibu tunggal, MyCARE melancarkan projek #DanaNita untuk membantu wanita di Gaza memperoleh pendapatan daripada prjek-projek pertanian, penternakan dan seumpamanya.

kaki prostetik

#KakiTanganProstetik

Sasaran : RM 140,000

Konflik di Syria telah menyebabkan ramai kanak-kanak kehilangan anggota (tangan dan kaki). Sejak 2017, MyCARE telah menggerakkan program penajaan kaki atau tangan prostetik untuk memberi sinar baru kepada kanak-kanak ini.

 

Tahun ini, MyCARE bercadang untuk menaja 20 unit lagi kaki atau tangan prostetik kepada 20 orang kanak-kanak Syria.

#WakafTelaga

Sasaran : RM 105,000

Air merupakan keperluan asas manusia. Akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sesuai untuk digunakan untuk tujuan kebersihan merupakan hak setiap insan.

 

MyCARE mensasarkan untuk membina 50 buah telaga tiub wakaf di daerah Mahottari, wilayah Madesh Pardesh, Nepal dan 50 buah lagi di Kem IDP Sittwe, Arakan, Myanmar.

#ProgramPsikososial

Sasaran : RM 60,000

Serangan bersiri Israel ke atas Gaza – 2008/2009, 2012, 2014, 2021 dan 2022, telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami trauma dan masalah psikologi. Sekiranya tidak dipulihkan daripada awal, ia akan memberi impak negatif ke atas tumbesaran mereka.

 

MyCARE Gaza merancang untuk meneruskan program-program psikososial yang berjaya dilaksanakan selepas serangan 2021. Program akan turut melibatkan aktiviti bersama ibu bapa dan pegawai perubatan dari hospital kanak-kanak.

#PrihatinVeteran

Sasaran : RM 50,000

Pesara polis dan tentera adalah goongan yang sangat berjasa kepada negara. Gerak kerja MyCARE sepanjang pandemik Covid-19 telah mendedahkan keperluan mereka khususnya dalam hal-ehwal kesihatan.

 

Justeru, MyCARE berhasrat untuk tampil membantu meringankan beban mereka bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka melindungi keselamatan kita semua.

pelarian mahir

#PelarianMahir

Sasaran : RM 50,000

Majoriti pelarian Rohingya di Malaysia masih terperangkap dalam bidang kerja 3D – dirty (kotor), dangerous (bahaya) dan difficult (sukar). Keadaan ini menyukarkan mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

 

Bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka, MyCARE berhasrat untuk melancarkan projek rintis untuk melatih mereka dengan kemahiran vokasional yang sesuai termasuk penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris.

KOMITMEN MyCARE

MyCARE komited untuk sama-sama menjayakan Sustainable Development Goals (SDG) yang telah digagaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khusus untuk matlamat berikut:

Nurturing Humanity,

Making A Difference