Bantuan Banjir Thailand

MyCARE telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Hatyai, Thailand selama 3 hari bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk.

 

Bantuan diagihkan di beberapa lokasi utama sekitar Hatyai, termasuk komuniti As-Siddiq di Hatyai Wittayakarn School, Thamsuksa Foundation School, Siang Sajatharm Foundation, kawasan sekitar Hatyai Station 2 serta Jannah Wittaya School.

 

Di komuniti As-Siddiq khususnya, bantuan turut memberi keutamaan kepada golongan rentan seperti guru-guru, individu kurang upaya serta penduduk kampung sekitar sekolah yang terjejas secara langsung.

 


 

 

 

Sebanyak 100 set solat dan set tidur telah diagihkan kepada keluarga mangsa banjir. Set ini direka untuk memberi keselesaan fizikal dan ketenangan emosi kepada mereka yang kehilangan hampir semua keperluan asas. Setiap penerima menerima bantal, duvet atau selimut bagi menghadapi cuaca sejuk pasca banjir, tuala serta pakaian solat untuk lelaki dan wanita.

 

Selain itu, menyedari bahawa sesetengah kawasan masih berisiko tinggi dengan paras air yang belum surut sepenuhnya, MyCARE turut mengagihkan 50 unit jaket keselamatan (life jacket). Jaket ini disalurkan kepada kawasan yang masih terdedah kepada bahaya banjir serta digunakan oleh komuniti setempat dan sukarelawan tempatan yang terlibat dalam usaha menyelamat dan pemantauan keselamatan.

 

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, rakan kerjasama dan sukarelawan yang menjayakan misi ini. Di sebalik ujian banjir yang melanda, bantuan ini menjadi bukti bahawa solidariti kemanusiaan merentas sempadan mampu mengembalikan harapan dan kekuatan kepada mereka yang sedang bangkit selepas bencana.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.