3 fakta tentang pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox’s Bazar

Etnik Rohingya merupakan etnik minoriti Muslim. Populasi sekitar 1 Juta, daripada sejumlah 52 juta rakyat Myanmar. Etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan kini menjadi pelarian di negara-negara berhampiran seperti Bangladesh.

1. Lebih 900,000 pelarian Rohingya meneruskan kehidupan di kem-kem sementara di Bangladesh.

2. Kem Kutupalong Cox’s Bazar dicatatkan sebagai kem pelarian paling padat di dunia.

3. Pihak kerajaan Myanmar dan Bangladesh sedang berunding untuk memanggil kembali etnik Rohingya ke negara asal namun sementara itu kanak-kanak dan keluarga mereka hidup di dalam persekitaran yang bahaya, tidak sihat dan memiliki akses yang sangat terhad kepada keperluan asas.

Sumber: UNHCR

Rose2Rose dengan kerjasama rakan pelaksana NGO di Bangladesh iaitu Allamah Fazlullah Foundation (AFF) akan melaksanakan satu inisiatif untuk membina sebuah pusat komuniti wanita dan kanak-kanak.

Sebelum ini, pusat komuniti wanita yang dibina sebelum ini hanya menggunakan bahan sementara seperti buluh dan zink sebagai atap, kerana pusat komuniti ini hanya mendapat kebenaran sementara sahaja daripada kerajaan.

Pusat komuniti wanita sementara yang dibina kini telah 1 tahun setengah menjadi tempat untuk melatih wanita pelarian Rohingya dengan kemahiran menjahit agar seterusnya dapat menjana pendapatan dan membantu keluarga.

Selain itu, pusat komuniti ini juga digunakan sebagai tempat sesi pembelajaran bagi kanak-kanak pelarian di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal.

Baru-baru ini, pihak kerajaan Bangladesh telah meluluskan hasrat kami bagi membina pusat komuniti wanita dan kanak-kanak yang kekal dan lebih kukuh.

Lebih-lebih lagi kini kem dilanda dengan banjir dan tanah runtuh yang sangat teruk akibat daripada angin monsun. Oleh itu mereka sangat memerlukan tempat yang benar-benar kukuh dan selesa demi keselamatan dan kesejahteraan.

Dengan tujuan ini, kempen Wakaf4Rose dibuka kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan usaha murni ini untuk menyalurkan wakaf melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) untuk membina pusat komuniti wanita dan kanak-kanak ini.

Bagi membina pusat komuniti wanita dan kanak-kanak secara kekal kami memerlukan sebanyak RM 60,000.00

Wakaf ini akan dibahagikan mengikut lot, 1 lot :RM 50

Bantu kami untuk raih 1200 lot!

Mari sertai kami Wakaf4Rose!

Link billpz: https://www.billplz.com/wakaf4rose

Boleh juga hulurkan wakaf melalui akaun :

*Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)*

MBB: 5515 7500 4299
BIMB: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn.Nurhanis di ‪+60 18‑383 2458.