[Volunteer] Program Back To School

Permulaan tahun 2026 dimulakan dengan program Back To School telah berjaya dilaksanakan di Mantin, Negeri Sembilan dengan menyantuni 155 orang pelajar terdiri daripada pelajar asnaf, anak yatim serta komuniti Orang Asli Kampung Kedat berupa sumbangan pakaian sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

 

Program ini bertujuan memastikan anak-anak ini dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin, tanpa terbeban dengan kekurangan keperluan asas sekolah. Turut diadakan aktiviti psikososial bagi menceriakan anak-anak ini.

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Kampung Mantin Luar dan Dalam serta AJK Masjid Kariah Pekan Mantin atas kerjasama erat dalam mengenal pasti penerima Back To School dan menghubungkan pihak kami dengan anak-anak yang benar-benar memerlukan bantuan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penghargaan turut dirakamkan kepada sukarelawan yang bersama meluangkan masa daripada proses memilih, membeli dan memastikan semuanya cukup untuk anak-anak ini. Terima kasih atas tenaga, masa dan jiwa yang diberikan sehingga program ini berjaya disempurnakan.

 

Tidak dilupakan penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang, ibu bapa dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka