[Volunteer] Misi Bantuan Banjir Johor 2023 (1)

Setibanya tim MyCARE HQ di Batu Pahat, kami telah singgah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SRA Kampung Air Putih.
 
Sukarelawan yang terlibat telah menyantuni dan menemuramah beberapa keluarga daripada 60 keluarga yang menetap di PPS tersebut.

 

 

 

 
Antara yang disantuni adalah seorang warga emas yang mengalami strok bernama Misran, 75 tahun. Beliau turut ditemani isterinya, Asimah Salmah, 64 tahun. Terdapat juga warga emas lain yang terlantar sakit, dan wanita yang sedang berpantang.
 
Menurut salah seorang penduduk di situ, setelah 2 hari hujan turun tanpa henti, air dari bukit telah turun pada jam 3 pagi dan memenuhi bahagian dapur rumah sebelum air naik sehingga ke paras pinggang. Mereka setakat ini telah tinggal di situ selama 10 hari (1-11 Mac 2023).
 
Walaupun banjir di kawasan tersebut sudah surut, tetapi masih tiada bekalan air kerana insiden paip pecah di Sri Medan.

 

 

 
Mereka terpaksa berkongsi untuk mendapatkan bekalan air bersih yang dibekalkan oleh Ranhill SAJ, Syarikat Air Johor.
 
“Nak mandi pun kena berjimat cermat”, kata salah seorang penghuni di sini.
 
Semoga mereka terus tabah.
 
Ayuh bantu warga Johor yang terkesan akibat banjir.
 
Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencanavol

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.