Training of Volunteers (TOV) di Negeri Terengganu!

Dalam meluaskan capaian MyCARE dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat sempena program MyCARE Road Tour (MRT), unit Kesukarelawanan MyCARE telah turun ke Universiti Malaysia Terengganu bagi memperkenalkan ruang aktivisme kesukarelawanan MyCARE.

 

Program latihan perdana MyCARE, Training of Volunteers – Asas (TOV) ini telah dijayakan dengan kehadiran seramai 34 orang peserta dan majoriti dari kalangan peserta merupakan penuntut di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Program ini telah membuka ruang untuk peserta menyelami dengan lebih mendalam pengertian dan selok-belok kepada kerja-kerja kesukarelawanan di dalam medan kemanusiaan.

 


 

 

 

 

 

 


 

 

 

Bertempat di Studio Al-Quran, Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu, program TOV telah berlangsung selama 6 jam setengah dan melibatkan 3 tajuk utama iaitu Pengenalan MyCARE dan Projek 2023, Core Humanitarian Standards (CHS) dan Peranan Sukarelawan MyCARE. Sesi penerangan yang diikuti dengan soal jawab telah membantu para peserta mendapat pengetahuan baharu serta sudut pandang yang lebih menyeluruh dalam menyediakan perkhidmatan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

 

 

Ayuh warga Malaysia, bersama kami menyumbang tenaga, masa dan harta menjadi sukarelawan terbimbing di MyCARE.

 

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh sertai kami di MyCARE!

 

 

Mari bersama-sama juga memperkasakan aktiviti para sukarelawan dengan menyumbang di https://mycare.qrd.by/volunteerfund

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.