Bencana yang melanda Sumatera Utara telah menjejaskan jutaan penduduk dan menyebabkan 500,000 orang terpaksa dipindahkan sekaligus disifatkan bencana paling dasyat dalam dekad ini.
Dilaporkan pihak berkuasa kini berdepan cabaran besar untuk memulihkan infrastruktur, mencari mangsa hilang, dan menyalurkan bantuan ke kawasan yang masih terputus hubungan.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) selaku anggota Southeast Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) menyatakan rasa simpati dan mengajak anda bersolidariti dengan Indonesia susulan banjir serta tanah runtuh yang berlaku.
Kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan NGO tempatan bagi penyaluran bantuan.
Bersama-sama kita menzahirkan doa sepanjang proses pemulihan ini dan terus menghulurkan bantuan mereka di sana.
Ayuh bantu:
https://mycare.qrd.by/kecemasanindonesia
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu