Sumbangan untuk anak yatim Palestin

Harapan bermula dengan sebuah pemberian oleh orang-orang baik.

Terima kasih kami ucapkan kepada Mail Boy Sdn. Bhd. atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Sumbangan ini amat bermakna kerana di sebalik setiap ringgit yang diberi, terselit doa, kasih sayang dan keprihatinan terhadap masa depan mereka yang diuji tanpa tempat bergantung.

Di antara penerima sumbangan ini nanti adalah anak-anak yatim Palestin yang jumlahnya kini telah meningkat kepada 37,000 orang. Sumbangan ini insya Allah akan membawa sinar harapan buat mereka.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku dan pemelihara anak yatim akan berada di syurga seperti ini”, sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya. (Riwayat Bukhari)

Kepada anda yang mahu bersama MyCARE dan Mail Boy membantu anak-anak yatim, salurkan sumbangan anda ke
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Untuk menaja anak yatim secara konsisten setiap bulan klik http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.