Sumbangan pek makanan

MyCARE terus melangkah ke hadapan dalam misi kemanusiaan di bumi Gaza yang masih bergelut dengan krisis berpanjangan. MyCARE dengan sokongan Pasar Raya ECONSAVE telah melaksanakan agihan bantuan pek makanan di wilayah Deir Al-Balah, Gaza Selatan.

 

Sebanyak 205 keluarga telah menerima manfaat daripada program ini, termasuk keluarga anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa, serta keluarga anggota Pertahanan Awam yang terus berkhidmat di barisan hadapan walaupun dalam keadaan berisiko tinggi.

 

Setiap pek makanan bernilai USD 58.20 mengandungi bahan asas harian seperti beras, minyak zaitun, keju, gula, teh dan bahan makanan lain bagi memastikan keperluan nutrisi anak-anak serta ahli keluarga terjamin.

 


 

 

 

 

 

 

“Bantuan ini datang tepat pada masanya. Anak-anak kami kini dapat makan dengan lebih baik. Terima kasih kepada rakyat Malaysia,” kata salah seorang penerima bantuan di Deir Al-Balah.

 

MyCARE akan terus memperluas agihan bantuan di Gaza bagi memastikan lebih ramai keluarga mendapat bantuan segera, terutamanya di kem pelarian di wilayah tengah dan selatan.

 

Terima kasih kepada ECONSAVE dan semua rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan kemanusiaan di Gaza. Setiap sumbangan anda membawa sinar harapan untuk mereka yang sedang berjuang demi kehidupan.

 

Ayuh teruskan sumbangan anda melalui MyCARE untuk membantu lebih ramai keluarga di Gaza.

 

ATAU terus ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60189677215

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.