SME Bank taja kelengkapan Raya

Pada 27 Mei 2019, SME Bank dengan kerjasama MyCARE telah menganjurkan program sumbangan kelengkapan raya bersama warga Rohingya daripada Serdang dan Sungai Tekali serta masyarakat Orang Asli Bukit Bandaraya.

Program ini disertai oleh 75 orang peserta dari kalangan kanak-kanak yang berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun. Program ini telah berlangsung di Mydin USJ, Selangor.

Turut serta bersama program ini adalah Pengurus dan kakitangan SME Bank yang diketuai oleh Puan Saripah Radziah Binti Sayed Hamid, Ketua Perhubungan Awam Jabatan Komunikasi Korporat SME Bank bersama 6 orang kakitangan serta 4 orang kakitangan MyCARE.

Program ini bertujuan untuk meraikan kanak-kanak yang datang daripada golongan yang kurang berkemampuan.

Kanak-kanak ini telah menerima sumbangan kelengkapan raya yang berupa sepasang baju melayu atau baju kurung, songkok, tudung, kasut, hamper raya dan lain-lain. Kesemua mereka merasa gembira dengan sumbangan yang telah diterima.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Jumlah keseluruhan sumbangan SME Bank adalah RM20,000.00.

Program diakhiri dengan pembahagian cenderamata kepada semua yang terlibat dengan program.

MyCARE mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SME Bank di atas sumbangan. Semoga amal baik ini diterima oleh Allah.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.