Selesai Sudah MRT 3.0 di Sabah

Alhamdulillah telah selesai program MRT di Sabah. Sabah merupakan negeri pertama dalam siri MRT 3.0 kali ini.

 

Hari pertama MRT 3.0 di Sabah telah dimulai dengan sesi menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pihak MyCARE telah diwakili oleh Prof Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin, Pengerusi MyCARE dan pihak UMS telah diwakili oleh Dr. Syamsul Azizul Marinsah, Timbalan dekan Fakulti pengajian Islam.

 

Ini adalah salah satu cara MyCARE menjalin jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah melalui khidmat dan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat tidak kira agama atau bangsa.

 

Program seterusnya adalah Podcast Bicara Tentang “Suara Harapan Dari Gaza ke Malaysia”. Moderator dan kedua-dua panel telah berkongsi isu-isu tentang Palestin. Antara pesanan penting yang disampaikan oleh Puan Roha Hassan, kita semua mestilah terus mengingati dan menyantuni rakyat Palestin sehingga kemenangan buat Palestin tiba.

 


 

 

 

Manakala Prof Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin berpesan agar kita semua mestilah melihat dunia dari kaca mata kemanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa kerana terlalu ramai kanak-kanak dan golongan yang lemah telah dibunuh oleh Zionis di Gaza. Hos untuk podcast adalah Dr. Amer Hudzaifah, Pensyarah Pengajian Islam UMS.

 

Pada 19 Julai, MyCARE telah muncul di SABAHfm Bagus Bah bersama DJ Eclaire membicarakan tentang “Besamamu Palestin”. MyCARE diwakili oleh Prof Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Puan Roha Hassan. Ruang ini telah dimanfaatkan oleh MyCARE untuk berkongsi isu-isu terkini Palestin kepada rakyat Sabah.

 

Selain itu, MyCARE turut melakukan Perkongsian Kemanusiaan : Bersamamu Palestin di dua tempat lain iaitu Pejabat IKRAM Negeri Sabah dan Pejabat Hidayah Centre Kota Kinabalu. Perkongsian ini dibawakan khas oleh MyCARE untuk mengenengahkan isu Palestin kepada komuniti setempat di Sabah.

 

Untuk memantapkan lagi MyCARE di negeri Sabah mesyuarat khas antara pimpinan MyCARE di peringkat daerah dan negeri telah diadakan. Beberapa program telah diaturkan.

 


 

 

 

 

Sebagai penutup kepada MRT 3.0 Sabah, 31 pek makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan harapan ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung penerima.

 

MyCARE juga menerima sumbangan sebanyak RM4000 daripada Pertubuhan IKRAM Sabah.

 

Pihak MyCARE mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah, RTM Sabah, IKRAM Sabah, Hidayah Centre Sabah, Pengurus dan AJK MyCARE Sabah dari Kota Kinabalu dan Tawau.

 

Nantikan MRT 3.0 seterusnya di Negeri Sarawak.

 

Jangan lupa singgah ke Facebook dan Telegram MyCARE untuk mendapatkan maklumat lanjut MRT 3.0 di seluruh Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malaysia Bangkit untuk Gaza

Ini bukan sekadar acara.   Ini bukti jiwa kita masih hidup… dan peduli.   Kenapa perlu hadir?   – Tunjuk solidariti pada Gaza – Dengar