Musim sejuk sudah tiba di Gaza. Apa yang akan berlaku kepada yang berlindung dalam khemah rapuh dan pondok? Mereka akan bergelut dengan hujan lebat dan kesejukan.
UNRWA mengingatkan bahawa ramai pelarian tinggal di khemah yang bocor, dan hujan pada musim sejuk semakin memburukkan keadaan mereka. Menurut laporan, kira-kira 1.5 juta orang di Gaza kini terdedah pada bahaya kesejukan dan hujan kerana bantuan khemah, selimut, dan pakaian sejuk masih tidak mencukupi.
Di saat ini, setiap pakaian sejuk adalah lebih dari sekadar pakaian, ianya adalah perlindungan untuk si kecil dan orang tua.
Projek Pemulihan Gaza adalah satu misi kemanusiaan menyeluruh dengan 10 kategori bantuan: makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk, kanvas trapaulin, bakul makanan, selimut tebal, perubatan, bekalan air bersih dan khemah.
Setiap sumbangan anda membantu menghidupkan semula Gaza yang hancur. Makanan panas untuk perut yang lapar, susu untuk bayi yang lemah, khemah untuk keluarga yang kehilangan rumah.
Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Bersama kita bina semula Gaza.
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu