Projek Pemulihan Gaza

Mengapa Gaza perlu dibantu sekarang? Ini kerana;

1. Ratusan ribu penduduk Gaza masih tinggal di lebih 350 buah kem pelarian dengan akses yang sangat terhad. Akses terhad bermaksud bekalan makanan tidak mencukupi, air bersih perlu beratur berjam-jam, tiada penyediaan pendidikan dan sebagainya.

2. Kerosakan infrastruktur air sangat serius. Apabila tiada air bersih, ini akan memberikan kesan kepada penyakit berjangkit, kesihatan dan kebersihan. Anda boleh lihat di laman kami puluhan projek pemulihan telaga dan bekalan air bersih telah dilaksanakan.

3. Walaupun anda melihat ada bantuan masuk, namun WHO dan PBB memberi amaran bahawa setengah juta penduduk Gaza masih berada di ambang kebuluran, dan malnutrisi akut meningkat di kalangan kanak-kanak. Bantuan ini kita perlu konsisten termasuk susu formula.

4. Banyak video tular menunjukkan para pelajar di Gaza belajar di celah runtuhan, menjawab peperiksaan di dalam khemah, termasuk anak-anak Dr. Ziad Shehada yang cemerlang dalam peperiksaan. Tiada apa yang menghalang mereka untuk terus belajar dan tiada apa yang menghalang untuk kita bantu menyediakan kelas yang selesa, peralatan belajar serta gaji guru.

5. Bagi perubatan pula, MyCARE konsisten membekalkan ubat-ubatan, membeli device, menyediakan klinik bergerak, menaja pembedahan kecil, memberi kaki tangan palsu dan banyak lagi. Kami memerlukan dana yang besar untuk terus memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk Gaza.

Projek Pemulihan Gaza adalah satu misi kemanusiaan menyeluruh dengan 10 kategori bantuan: makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk, kanvas trapaulin, bakul makanan, selimut tebal, perubatan, bekalan air bersih dan khemah.

Setiap sumbangan anda membantu menghidupkan semula Gaza yang hancur. Makanan panas untuk perut yang lapar, susu untuk bayi yang lemah, khemah untuk keluarga yang kehilangan rumah.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka