Perutusan Tahun Baru 2017

Tahun baru miladiah 2017 ditatang dengan mengenang episod-episod duka yang melanda kemanusiaan pada tahun 2016. Kesengsaraan yang dideritai di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan tempat-tempat lain tidak berakhir dengan tahun 2016 yang melabuhkan tirai dan 2017 yang disambut meriah pada detik dua belas tengah malam. Untuk mereka dentuman peluru dan bom tidak akan diganti dengan kemeriahan percikan bunga api. Mereka terus diburu ketakutan dan rasa cemas yang tidak kunjung padam.
MyCARE dan agensi-agensinya akan terus bersama mereka dalam keperitan dan kesusahan yang mereka tanggung. MyCARE terus bersama rakyat Malaysia di dalam menghulur bantuan dan menitip doa pengharapan. Apa sahaja yang MyCARE lakukan bersama rakyat Malaysia dalam mengurangkan kedukaan mereka akan diteruskan lagi dengan penuh istiqamah. Dalam pada itu MyCARE insaf akan kekangan sumber dan kemampuan. Dengan harapan amat besar, MyCARE ingin menjadikan 2017 ini medan untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama dengan rakan rakan NGO demi meningkatkan kemampuan bersama membela kemanusiaan. Sokongan dari rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dirai dan sangat dihargai. Muga capaian pada tahun 2017 dan tahun-tahun mendatang lebih luas jangkauannya demi Memupuk kemanusiaan, Membawa perubahan.
Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Staff dan aktivis-aktivis MyCARE
1 Januari 2017

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.