Perutusan Ramadan 1441H

Ramadan Kareem diucapkan kepada seluruh umat Islam. MyCARE mengambil peluang ini untuk bersama seluruh umat Islam mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kurnia Allah mengizinkan kita mengecap kedatangan Ramadan tahun 1441H.

MyCARE mendoakan seluruh umat Islam diberikan kekuatan untuk terus merebut peluang untuk beramal di bulan Ramadan ini dan meraih pahala serta keampunan dari Allah SWT.

MyCARE juga mengajak umat Islam supaya terus meningkatkan sedekah dan infak demi menghayati salah satu dari tujuan berpuasa iaitu untuk turut menghayati kesusahan dan kelaparan yang diuji ke atas sebahagian umat manusia.

MyCARE mengajak seluruh umat Islam supaya memupuk kasih sayang tanpa mengenal batas sempadan demi memupuk ukhuwah Islamiah dan insaniah yang sejagat.

MyCARE mendoakan keselamatan dan kesabaran bagi seluruh umat Islam dan insan sejagat yang berhadapan dengan konflik peperangan dan krisis kemanusiaan di Palestin, Syria, Yemen, Iraq, Arakan, Uighur, Kashmir dan serata dunia.

MyCARE turut mendoakan warga dunia yang diuji dengan wabak COVID-19 dan mendoakan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang sedang berjuang di barisan hadapan dan segenap penjuru bagi memberikan perlindungan dan rawatan yang terbaik kepada semua warga.

MyCARE menghargai sumbangan semua pihak yang menyumbang peralatan PPE dan juga bekalan makanan di sepanjang PKP yang sedang berlangsung.

Sebagai penutup, MyCARE mendoakan seluruh umat Islam mencapai darjat takwa yang didambakan sebagai matlamat utama melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan

Ucapan Ramadan Kareem dari seluruh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengerusi Negeri dan Kawasan, jentera pentadbiran ibu pejabat MyCARE, barisan aktivis dan semua yang terlibat memberikan sokongan menjayakan aktiviti menyantuni masyarakat di segenap tempat.

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.