Penyaluran Winter Relief 2020 di Gaza [kelengkapan sekolah]

Kasut lusuh ini yang dibawa ke sekolah. Kerana sumbangan anda, murid-murid di Gaza menerima peralatan sekolah baru. Insya Allah pahala sedekah akan terus mengalir selagi anak-anak ini menggunakannya untuk menuntut ilmu atas sumbangan anda semua.

MyCARE Gaza dengan kerjasama Palestinian Orphans Home telah menyalurkan kasut baru, beg sekolah, peralatan menulis, snow cap tebal dan pelindung leher kepada 380 orang murid di pelbagai sekolah dalam kempen Winter Relief 2020. Semoga anak-anak ini lebih bersemangat mempelajari ilmu. Generasi inilah yang akan memperjuangkan negara mereka suatu hari nanti. Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE!

Untuk penyaluran Winter Relief kali ini, MyCARE juga menghantar bantuan pakaian tebal, selimut, tilam, serta memasang kain nylon bagi menutupi atap zink rumah keluarga-keluarga miskin yang bocor bagi mengelakkan air hujan. Penyaluran sebelum ini juga termasuk bantuan makanan dan lain-lain.

Lihatlah keceriaan anak-anak kecil dan orang tua kerana anda, penyumbang MyCARE telah menghangatkan musim sejuk mereka. Doa-doa dari mereka tidak putus untuk anda semua. Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak di sana.

Salurkan sumbangan anda ke: http://mycare.qrd.by/winter

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic: 86-0213559-2

Sertakan bersama ref ‘WR20′ dan e-mailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp / Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.