Penyaluran Bekalan Makanan ke Gaza

Terpaling laju! Terima kasih kepada para penyumbang awal kempen MyRamadan kerana menjadi terpaling laju bersedekah!
 
Kerana anda, 500 buah keluarga di Gaza menerima bekalan makanan pada 1 Ramadan.
 
MyCARE bekerjasama dengan Ministry of Social Affairs dan NGO tempatan untuk mengenalpasti keluarga-keluarga yang memerlukan di sekitar Gaza.

 

 

 

 

 

 

 
Anggaran sebuah keluarga adalah 6 orang. Ini bermaksud hampir 3,000 orang telah dijamin mempunyai makanan untuk berbuka dan bersahur!
 
Sistem open tender dan pembelian di pasar tempatan dilaksanakan bagi memastikan harga makanan berpatutan dan membantu peniaga tempatan.

 

 

 

 

 

 
Bantuan kempen MyRamadan ini akan disalurkan kepada keluarga miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan asnaf di Palestin, Malaysia, Syria, Yaman, Lubnan, Cox’s Bazar, Afghanistan dan lain-lain.
 
Ayuh kita ringankan beban mereka dan gandakan pahala di:
mycare.qrd.by/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.