Penyaluran bantuan kepada etnik Rohingya di Cox’s Bazar

Pihak Nusantara Care dan MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang untuk Tabung Kecemasan Rohingya.
MyCARE dengan kerjasama NGO tempatan, Child Development Forum (CDF) telah menghantar bantuan bernilai RM50,000 hasil sumbangan orang ramai yang prihatin.
Bantuan ini terdiri daripada pek makanan (150 pek), shelter (20 buah), tube well (5 buah) dan jaring nyamuk (30 pasang).





Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Saringan kesihatan juga dilakukan kepada 665 orang pelarian (350 wanita, 65 lelaki, 250 kanak-kanak).
Bantuan pertama ke Cox’s Bazar telah disalurkan melalui misi kemanusiaan MyCARE pada April 2017 dengan bantuan bernilai RM80,000 diikuti dengan penyaluran berikutnya bernilai RM150,000 melalui NGO tempatan.
Bantuan-bantuan ini adalah bantuan kesihatan, makanan, air bersih, ubat-ubatan, penempatan sementara dan tandas.
MyCARE dalam perancangan untuk menyalurkan sumbangan secara terus dalam masa terdekat ini di dalam Misi Kemanusiaan MyCARE ke Cox’s Bazar II dan III.
MyCARE menyasarkan kutipan sebanyak RM350,000 untuk disalurkan di dalam misi ini.
Seperti kita maklum, jumlah pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Cox’s Bazar, Bangladesh semakin bertambah akibat tindakan rejim Myanmar yang telah memaksa mereka melarikan diri.
Dengan ini, MyCARE menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama membantu etnik Rohingya yang kurang bernasib baik.
Semoga dengan sumbangan anda, nyawa-nyawa ini dapat diselamatkan.
Sumbangan boleh dibuat ke Tabung Kecemasan Rohingya di http://www.billplz.com/selamatkanrohingya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.