Peluang pahala mengalir dengan berwakaf

Para Fuqaha (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Pihak Rose2Rose membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mewakafkan harta yang bakal menjadi sebiji benih, kemudian menerbitkan tangkai-tangkai yang akan menghasilkan ratusan buah-buahan.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.” [Baqarah:261]

Kini, kerajaan Bangladesh telah bersetuju untuk membenarkan Pusat Komuniti Rose2Rose ini kekal dan dibina semula untuk keselesaan dan struktur yang lebih selamat.

Pusat Komuniti Rose2Rose di Cox’s Bazar menyediakan latihan vokasional seperti kursus menjahit serta tempat pembelajaran kanak-kanak Rohingya.

Daripada wakaf anda, wanita-wanita Rohingya berpeluang mengikuti latihan dengan selesa.

Dengan wakaf anda, anak-anak Rohingya akan lebih seronok belajar di sini.

Sebelum ini, pusat komuniti ini hanya dilengkapi dengan kipas, solar panel dan berdindingkan buluh serta berbumbungkan atap zink serta lantai simen.

Keadaan yang panas serta gangguan bunyi menyukarkan lagi sesi pembelajaran lebih lagi kepada kanak-kanak Rohingya.

Dengan membawa misi memperkasakan wanita dan kanak-kanak, Rose2Rose menyeru kepada rakyat Malaysia untuk teruskan berwakaf melalui kami di:

https://www.billplz.com/wakaf4rose

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Reference: WomenCenter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0