Pelancaran Anak Yatim Afghanistan, Lubnan & Yaman

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE telah dilaksanakan sejak tahun 2010 yang bermula dengan penajaan anak yatim Palestin.
 
Tahun demi tahun, kami mengembangkan tajaan ke beberapa buah negara yang lain. Kini, MyCARE menaja anak-anak yatim dari 4 buah negara iaitu, Palestin, Syria, Filipina dan Rohingya.
 
Konflik yang hampir mencecah 5 dekad akibat daripada penjajahan Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada lebih 600,000 balu di Afghanistan dan mengakibatkan jumlah anak yatim juga semakin bertambah.
 
Selain penderitaan akibat peperangan dan bencana, krisis kemanusiaan dan ekonomi yang semakin meruncing juga menjejaskan kehidupan anak-anak yatim yang tinggal di kem-kem pelarian di sesetengah negara seperti Lubnan.
 
Selain itu, konflik kemanusiaan yang berterusan di Yaman turut menjejaskan kehidupan wanita dan kanak-kanak kepada eksploitasi, penderaan, keganasan domestik dan berasaskan jantina, buruh paksa, perkahwinan kanak-kanak dan tekanan psikososial.
 
Untuk permulaan, di bulan yang penuh barakah ini, MyCARE melancarkan Projek Penajaan Anak Yatim di Afghanistan, Lubnan dan Yaman.
 
“Dan mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).
 
Jom sama-sama kita tingkatkan sedekah, derma dan wakaf kerana itulah yang kekal dan menetapkan pahala kebaikan untuk kita.
 
——————————————————
 
Untuk menaja anak yatim secara bulanan atau tahunan, boleh ke:
https://bit.ly/m/DaftarTaja
 
Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim
 
Untuk maklumat lanjut layari:
https://www.mycare.org.my/sponsorship/
 
Atau hubungi:
Ruhaiza Musanip / Raimi Sayuti :
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Susu Bayi untuk Gaza

Setiap ibu pasti mahu melihat anaknya sihat dan gembira. Namun di Gaza, ramai ibu hanya mampu memeluk anak yang menangis kelaparan kerana tiada lagi susu

Hi-Tea, perkongsian & forum Palestin

Hi Tea 4 Palestin: Kami Tetap Bersamamu Palestin telah berlangsung dengan penuh bermakna bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.   Program yang dianjurkan sempena

Pek sayur & buah di Gaza

Bantuan sampai!   Alhamdulillah, MyCARE baru sahaja mengagihkan pek makanan sayur sayuran dan buah-buahan kepada penduduk di Gaza. Sebahagian penerima bantuan, ini merupakan kali pertama