Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal baru-baru ini.

 

MyCARE Johor yang diketuai oleh Cikgu Rozi Abdul Ghani dengan dibantu oleh AJK MyCARE Johor serta beberapa orang sukarelawan telah menyampaikan sumbangan berbentuk bahan mentah untuk dimanfaatkan oleh setiap keluarga yang terlibat dan memerlukan bantuan.

 

Ustaz Aziz selaku ketua komuniti telah menerima sejumlah 70 buah pek bingkisan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir dari kalangan komuniti Rohingya yang terlibat.

 


 

 

 

 

Encik Anis selaku wakil komuniti Rohingya di sekitar Taman Tun Aminah telah menerima sejumlah 10 buah pek sumbangan untuk komuniti Rohingya di sekitar Tun Aminah menjelang Aidilfitri pada kali ini.

 

Jazakumullahu khairan kathira  diucapkan kepada semua penyumbang budiman. Semoga Allah SWT ganjari anda semua dengan sebaik-baik ganjaran.

 

MyCARE
“Nurturing Humanity Making A Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Level up skill editing anda!

Sempena MRT 3.0, MyCARE Melaka bekerjasama dengan Kapten Digital untuk bawakan kepada anda sebuah workshop yang padat dan power!Hands-on belajar editing gambar dan video (Canva

Perpustakaan mini GoS

Alhamdulillah, petang semalam Rose2Rose dengan kerjasama MWCQP telah mengadakan mesyuarat pertama bagi projek Mini Library Sandakan di bawah program Gift of Smiles.Mesyuarat ini turut disertai