[PalestinDiserang] Terima Kasih MyCARE! Terima Kasih Malaysia!

Kebuluran di Gaza semakin meruncing dengan ratusan ribu penduduk kini berdepan krisis makanan yang teruk.

 

MyCARE dengan sokongan rakyat Malaysia telah melaksanakan Program Al-Takiyah bagi menyediakan makanan panas kepada keluarga miskin dan pelarian setempat.

 

Sepanjang 4 hingga 7 September 2025, sebanyak 30 dapur besar dengan makanan bernutrisi berjaya dimasak di dapur komuniti Utara Gaza dan diagihkan kepada 10,000 individu yang amat memerlukan.

 

Antara menu yang diedarkan ialah nasi bersama sayuran, terung, dan pasta yang menjadi santapan berharga bagi mereka yang sekian lama tidak merasai hidangan panas.

 


 

 

 

 

Yang pasti, mereka kata sedappp. Mungkin, sudah lama tidak merasai makanan sebegini.

 

Seorang ibu berkata, “Setiap hari saya datang awal untuk ambil makanan buat anak-anak. Inilah yang memberi kami kekuatan untuk bertahan.”

 

Seorang bapa pula meluahkan rasa lega apabila melihat ada yang masih peduli dan menghulurkan bantuan.

 
Tonton video
 

Inisiatif ini bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga mengembalikan maruah, semangat kebersamaan, serta harapan buat rakyat Gaza.

 

Sokongan anda telah menjadi penyambung nyawa. Teruskan bersama MyCARE untuk memastikan lebih ramai lagi keluarga di Gaza dapat diselamatkan daripada bahaya kebuluran.

 

Jom menyumbang dengan MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.