Gaza sedang berdepan krisis kebuluran yang amat parah. Menurut laporan terkini FAO, UNICEF, WHO dan WFP, lebih 500,000 penduduk kini hidup dalam kelaparan teruk dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 640,000 orang menjelang hujung September 2025 seperti yang dinyatakan oleh IPC.
Dalam keadaan makanan yang amat sukar diperoleh, MyCARE telah mengagihkan 400 pek roti di Utara Gaza. Setiap pek mengandungi 10 keping roti yang menjadi sumber tenaga asas buat keluarga yang kelaparan.
Bagi mereka yang diuji, terutama anak kecil dan ibu bapa yang berjuang setiap hari untuk terus hidup, roti ini bukan sekadar makanan tetapi simbol harapan.
Alhamdulillah, sebelum ini MyCARE juga telah menyalurkan 450 tin susu kepada bayi-bayi di Gaza.
Ayuh! Sumbangan anda adalah kehidupan buat Gaza.
Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:
ATAU terus ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369