[PalestinDiserang] Sayur segar untuk penduduk Utara Gaza

Alhamdulillah, MyCARE sekali lagi berjaya menyalurkan bantuan melalui projek agihan sayuran segar kepada 200 buah keluarga yang terjejas di Utara Gaza.

 

Dalam suasana peperangan yang berterusan serta sekatan yang menghimpit, sayur-sayuran kini menjadi makanan mewah bagi kebanyakan keluarga.

 

Harga yang terlalu tinggi menyebabkan ramai ibu bapa tidak mampu menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak mereka.

 

Melalui projek ini, setiap keluarga menerima bakul sayuran segar yang mengandungi tomato, timun, terung, lada dan pelbagai pilihan lain.

 


 

 

 

 

Agihan ini bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga membekalkan nutrisi penting bagi kesihatan kanak-kanak, warga emas, dan seluruh isi rumah.

 

 

Lebih daripada itu, hasil sayuran ini dibeli terus daripada petani tempatan Gaza, sekali gus menyokong ekonomi mereka yang turut lumpuh akibat konflik.

 

Sumbangan dari rakyat Malaysia menjadi bukti kasih sayang dan solidariti tanpa batas.

 

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.