Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi merupakan antara hospital khusus utama di Gaza yang merawat pesakit kanak-kanak yang kritikal.
Dalam keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing serta sekatan berterusan dan gangguan bekalan elektrik yang kerap, perkhidmatan perubatan kini terganggu dan memberi kesan terus kepada keselamatan nyawa pesakit.
Bekalan elektrik yang tidak stabil menyebabkan peralatan perubatan utama seperti ventilator, inkubator bayi dan mesin dialisis tidak dapat berfungsi secara berterusan.
Dengan itu, MyCARE dan Media Prima Berhad telah menyediakan sistem tenaga solar untuk hospital ini bagi membantu menjana tenaga elektrik dengan lebih stabil.
Sistem ini akan berfungsi sebagai sumber tenaga alternatif dan mampan bagi menggantikan kebergantungan terhadap bekalan elektrik konvensional dan bahan api yang semakin sukar diperoleh akibat sekatan.
Tonton video 1
Tonton video 2
Tonton video 3
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Media Prima Berhad atas keprihatinan membantu anak-anak di Gaza.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”