[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.

 

Selama tiga hari pelaksanaan dari 20 hingga 23 Jun 2025, seramai 9,000 individu telah menerima manfaat daripada dapur komuniti ini.

 

Setiap hari, pasukan kami menyediakan hidangan panas seperti nasi, kekacang, dan pasta yang diagihkan di penempatan pelarian dalaman, sekolah, dan kawasan kediaman yang terkesan teruk akibat krisis.

 


 

 

Ramai di antara mereka ini telah kehilangan bukan sahaja rumah, bahkan akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat (food security). Dalam keadaan sumber yang amat terhad, bantuan makanan seperti ini menjadi satu-satunya harapan untuk meneruskan hari.

 
Tonton video

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SPANCH atas keprihatinan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.

 

Semoga lebih ramai tampil menyumbang untuk meneruskan perjuangan ini kerana sepinggan makanan mungkin remeh bagi kita, tetapi sangat bermakna buat mereka di Gaza.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.