Antara asap dapur dan aroma nasi panas, terselit kasih sayang dari Malaysia.
Awal Oktober, MyCARE telah melaksanakan program Al-Takiyah dengan menyediakan makanan panas dan berkhasiat untuk 7,500 penduduk Gaza Selatan yang kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan akibat perang berterusan.
Selama tiga hari (1-3 Oktober 2025), dapur komuniti MyCARE di An-Nuseirat dan Mufti District tidak pernah sunyi.
Sebanyak 27 buah periuk besar (setiap satu berkapasiti 50 liter) digunakan bagi menyediakan:
Hari Pertama – Nasi bersama sayur-sayuran
Hari Kedua – Kacang rebus berempah
Hari Ketiga – Pasta berkuah panas
Semua makanan ini diagihkan di sekolah-sekolah, kem pelarian dan fasiliti awam yang dijadikan penempatan sementara.
Lebih bermakna lagi, sebahagian penduduk turut menjadi sukarelawan, membantu memasak dan menghidang untuk jiran-jiran mereka sendiri.
Seorang ibu di kem pelarian berkata, “Saya datang setiap hari untuk ambil makanan panas buat anak-anak. Inilah yang membuatkan kami terus kuat.”
Terima kasih rakyat Malaysia atas sumbangan anda. Doakan agar program Al-Takiyah dapat diteruskan dengan skala lebih besar, agar tiada perut anak kecil yang dibiarkan lapar.
Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:
ATAU terus ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369