[PalestinDiserang] Bantuan Perubatan untuk Hospital Al-Awda, Gaza

Dalam keadaan yang penuh dengan penderitaan di Gaza, MyCARE dengan kerjasama Al-Amal Society, telah menyalurkan bantuan perubatan yang amat diperlukan di Hospital Al-Awda, Nuseirat Camp.

 

Program yang dibiayai oleh MyCARE dan MWCQP melibatkan peruntukan bernilai USD 45,100 untuk memastikan hospital ini dapat meneruskan operasinya dan merawat pesakit dengan lebih berkesan.

 

Bantuan ini merangkumi pelbagai peralatan dan bekalan perubatan penting seperti ventilator, nebulizer, monitor pesakit, stethoscope, kelengkapan ECG, syringe, bandage, sarung tangan, digital sphyngometer, respirator, ambu bag dan pelbagai lagi alat bantuan yang sangat diperlukan dalam merawat mangsa yang cedera akibat konflik.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Realiti kekurangan peralatan perubatan yang kritikal di Gaza menjadikan sumbangan ini bukan sahaja mengembalikan harapan, malah memberikan nafas baru kepada mereka yang sedang bertarung nyawa.

 

Keadaan di Hospital Al-Awda amat menyedihkan, dengan pesakit yang memenuhi setiap sudut hospital.

 

Namun, dengan adanya bantuan perubatan ini, staf perubatan kini lebih bersedia dan tersusun untuk memberikan rawatan yang lebih baik dan pantas.

 

 

Para pesakit dan keluarga mereka menyambut baik bantuan ini dengan linangan air mata kesyukuran, menyedari bahawa ada pihak yang tidak melupakan nasib mereka.

 

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memungkinkan program ini, khususnya kepada para penyumbang MyCARE dan MWCQP yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam meringankan penderitaan rakyat Gaza.

 

Bantuan ini adalah bukti nyata bahawa semangat kemanusiaan masih hidup dan terus menyinari kehidupan mereka yang memerlukan.

 

Terima kasih juga kepada rakan kerjasama kami, Al-Amal Society, yang telah memainkan peranan penting dalam pengagihan bantuan ini.

 

Bersama, kita akan terus berdiri teguh dalam menghadapi cabaran ini dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.