[PalestinDiserang] Bantuan-bantuan MyCARE ke Gaza

Alhamdulillah MyCARE sudah mulakan penyaluran bantuan sejak minggu pertama serangan melalui pejabat MyCARE di Gaza.

 

Bantuan adalah dalam bentuk bekalan ubat-ubatan kepada hospital, pek makanan dan makanan panas kepada penduduk. Jumlah penyaluran untuk fasa 1 ini sudah mencecah RM500,000.

 

Bantuan Perubatan:
Hospital as-Shifa – https://t.me/MyCARE/9482
Hospital Indonesia – https://t.me/MyCARE/9561
Hospital Jantung – https://t.me/MyCARE/9653

 


 

 

Bantuan Makanan
Makanan panas – https://t.me/MyCARE/9571
Kotak makanan – https://t.me/MyCARE/9594

 

 

 

MyCARE juga terlibat dengan penyaluran bantuan yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia. Fokus bantuan adalah dalam bentuk peralatan hospital dan bekalan ubat-ubatan. RM500,000 diperuntukkan untuk bantuan fasa 2 ini.

 

Collection centrehttps://t.me/MyCARE/9672
Pengumpulan di gudang – https://t.me/MyCARE/9643

 

Secara keseluruhan, RM1 juta telah disalurkan untuk fasa 1 dan 2. Insya Allah bantuan seterusnya sedang disusun.

 

Mohon doa supaya lebih banyak bantuan boleh masuk melalui pintu Rafah. Ketika ini maksimum 20 trak sahaja sehari.

 

Mohon doa juga supaya serangan dihentikan segera agar bantuan dapat disalurkan dengan selamat oleh petugas-petugas MyCARE di lapangan.

 

Ameen.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.