[PalestinDiserang] Air Bersih untuk Penduduk Gaza

Dalam keadaan krisis air yang semakin parah di Gaza Utara, MyCARE dan pasar raya Econsave telah melaksanakan satu inisiatif penting iaitu Program Agihan Air Minuman Bersih selama 13 hari, bermula 29 April hingga 11 Mei 2025.

 

Melalui projek ini, sebanyak 142,000 liter air minuman yang bersih berjaya diagihkan kepada kira-kira 50,000 penduduk yang tinggal di kawasan terjejas teruk seperti Al-Naser, Sheikh Redwan dan Kem Pelarian Pantai.

 

Agihan dibuat setiap hari dengan bantuan trak air berkapasiti 5,000 liter, menyasarkan keluarga pelarian, pelajar sekolah, dan komuniti yang tidak mempunyai akses kepada air bersih akibat infrastruktur yang musnah.

 


 

 

 

 

Hakikatnya, di Gaza, banyak keluarga, terutama wanita dan kanak-kanak perlu menghabiskan masa antara 4 hingga 6 jam sehari hanya untuk ke check point dan beratur bagi mendapatkan air.

 

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Econsave, para sukarelawan tempatan, dan pihak berkuasa tempatan yang membantu menjayakan projek ini.

 

Ini adalah bukti bahawa solidariti dan tindakan bersama mampu memberikan perubahan sebenar. Setitis air yang diagihkan hari ini, menjadi harapan besar buat esok yang lebih baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.