[PalestinDiserang] Agihan kayu api untuk memasak

Di Gaza hari ini, memasak bukan lagi perkara mudah.

 

Sejak berbulan-bulan, bekalan gas langsung tidak tiada akibat sekatan dan peperangan. Ribuan keluarga terpaksa bergantung kepada kayu api untuk menyediakan makanan harian.

 

Namun, harga kayu api di pasaran begitu tinggi sehingga mustahil untuk mereka beli walaupun sekadar untuk sehari.

 

Melihat keadaan ini, MyCARE telah mengagihkan kayu api kepada 195 buah keluarga di Kem Pelarian Gaza Utara. Dengan jumlah dana sebanyak USD 6,930, seramai 1,170 individu dapat kembali menyediakan makanan harian mereka tanpa perlu membakar plastik atau sampah yang berbahaya.

 

Para ibu meluahkan rasa syukur dan lega kerana dapat memasak walaupun dengan sederhana. Ada yang menyebut bahawa kayu api yang diberikan bukan sekadar bahan bakar, tetapi talian hayat bagi kebuluran.

 


 

 

 

Bantuan ini juga menyelamatkan kesihatan mereka daripada risiko terpaksa menggunakan bahan beracun seperti plastik, dan memberi sedikit kestabilan dalam keadaan yang penuh kesempitan.

 

Walaupun begitu, keperluan kayu api ini semakin mendesak. Apa yang kami risaukan adalah bila tiba musim sejuk nanti di mana kayu api bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga untuk menghangatkan badan.

 


 

 
Tonton video
 

Setiap sumbangan anda adalah cahaya harapan yang memberi mereka peluang untuk terus hidup.

 

Terima kasih penyumbang MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.