Palestin Diserang!

Serangan bertali arus dari rejim Zionis telah bermula menyebabkan 160 orang terbun.uh dan 1,000 orang cedera di Gaza menurut al-Jazeera.
 
Perlu diingatkan ini adalah serangan pertama yang dilakukan oleh rejim Zionis.
 
Kami sangat risau dengan serangan seterusnya yang akan diperhebatkan bagi mengekang kemaraan para pejuang yang telah melancarkan beberapa siri serangan sebagai tindak balas ke atas lsraeI.
 
“Musuh akan berdepan akibat yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
 
Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU) menzahirkan solidaritinya ke atas Israel termasuk beberapa pemimpin negara Eropah seperti Sepanyol, Perancis, dan Jerman.
 
Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada sempat bersiaran di Buletin TV3 sebentar tadi menceritakan keadaan di sana sangat menakutkan dengan bunyi dentuman dan bunyi pesawat di atas langit serta ketiadaan elektrik.
 
Ayuh bersama dengan Palestin!
 
Di sini, kami merayu untuk bersama saudara-saudara kita di Palestin.
 
Tunjukkan solidariti kita, walau negara-negara besar tidak memihak pada mereka.
 
Tunjukkan kesatuan kita, bahawa Palestin tidak bersorangan.
 
Kami update info terkini di telegram @TerkiniPalestin.
 

 
Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:
http://mycare.qrd.by/palestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.