NextGen Rise 2025 : Ibadah Hebat, Minda Mantap, Hidup Berkat

Alhamdulillah, program NextGen Rise 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

 

Selama tiga hari dua malam, seramai 64 orang anak yatim di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) daripada Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) dan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) telah menyertai program ini.

 

Mereka dibimbing oleh 20 orang fasilitator dan 5 orang jurulatih yang berdedikasi sepanjang program.

 

NextGen Rise 2025 merupakan inisiatif pembangunan sahsiah yang dirangka untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

Program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk memperkukuh penghayatan ibadah, membina jati diri unggul serta mengasah minda yang positif dan berdaya saing.

 


 

 

Antara slot menarik sepanjang program ialah:

 

Sahsiah & Jati Diri NextGen – membina keyakinan dan kekuatan diri sebagai remaja Muslim.
– Perkongsian Tokoh Remaja – menyuntik inspirasi dan semangat juang melalui pengalaman tokoh muda.
Bengkel & Amali Solat dan Wuduk – membimbing peserta memahami dan mengamalkan ibadah dengan betul.
– Refleksi Diri – ruang muhasabah untuk peserta menilai perjalanan hidup, mensyukuri nikmat, dan memperbaharui azam diri.
Perkongsian Isu Kemanusiaan – menyemai rasa empati dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat global.

 
Tonton video

 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Mustafa Musa, Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka. Dalam ucapan beliau, YB Senator menzahirkan penghargaan terhadap usaha MyCARE dan MAIM dalam memperkasa potensi anak-anak yatim melalui pendekatan pendidikan sahsiah dan pembinaan nilai spiritual.

 

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d, 13:11)

 

NextGen Rise 2025 ini bukan sekadar kem motivasi, tetapi satu perjalanan pembentukan insan dengan menyatukan hati, menanam nilai kasih sayang dan menyalakan semangat untuk terus bangkit menjadi generasi yang memberi manfaat kepada ummah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka