[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.

 

Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai yang terpaksa bergantung kepada bantuan untuk meneruskan kehidupan, walaupun masih bekerja.

 

Bagi mereka, satu pek makanan bukan sekadar bekalan untuk berbuka dan bersahur. Ia adalah harapan. Ia adalah jaminan bahawa anak-anak mereka akan dapat menikmati makanan yang berkhasiat, tanpa perlu berlapar keesokan harinya.

 


 

 

 

 

 

 

Pek makanan yang diagihkan oleh MyCARE mengandungi bahan asas seperti beras, tepung, minyak, kurma, dan makanan dalam tin — semuanya cukup untuk menyara sebuah keluarga sepanjang Ramadan.

 

Dengan setiap pek makanan yang diterima, beban mereka menjadi lebih ringan dan kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri terasa lebih dekat.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.” (HR Ahmad)

 


 

 

 

 

Ramadan semakin berakhir, tetapi peluang untuk membantu mereka masih terbuka. Dengan satu sumbangan, anda mampu menyediakan makanan buat mereka yang benar-benar memerlukan.

 

 

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.