“Mak mak, tu ada bendera Palestin! Jom kita derma” jerit seorang kanak-kanak dari jauh.
Masya Allah, kagum kami melihat semangat anak kecil ini mahu membantu negara Palestin yang sedang bergolak sekarang ini. Didikan seumpama ini perlu dititikberatkan sejak dari kecil.
Semoga semangat anak kecil ini dapat menjadi semangat buat kami untuk terus menjadi sukarelawan yang sentiasa prihatin akan nasib saudara kita.
Alhamdulillah, seramai lebih kurang 300 orang menyatakan sokongan terhadap kempen ini dengan memberi tandatangan terhadap Placard Palestin yang kami sediakan. Kempen ini telah berlangsung di Station LRT Masjid Jamek baru-baru ini.
Sekalung penghargaan buat mereka yang bermurah hati untuk menderma dalam kempen MyRamadan. Jazakumullah Khairan Kathira.
Tidak dilupakan juga buat pihak Prasarana atas kerjasama yang diberikan kerana memberi kebenaran untuk kami menjalankan program ini.
Kenali Kru Kapal FFC Handala Menuju ke Gaza
Handala secara rasmi telah meninggalkan Itali dan kini berlayar di atas perairan antarabangsa. Usaha dan tekad ini adalah demi anak-anak Gaza. Kapal Handala membawa