MyCARE X FBS X PPR Seri Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2023 – Bertempat di Dewan Komuniti PPR Seri Malaysia, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Pek Makanan serta Dana Khas Pelaksanaan Projek Ternakan Ikan Air Tawar dan Bakeri yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abu Daud Ibrahim, Pengerusi Gabungan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat WP Kuala Lumpur.

 

Majlis serahan dana oleh FBS ini dikelolakan MyCARE dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia yang diwakili Pengerusinya, Encik Nur Zaidy Maaini.

 


 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Majlis yang dihadiri oleh Encik Aizzat Arfa, Pegawai Wilayah FBS (Malaysia) dimulai dengan penyerahan 100 pek makanan kepada penduduk di situ, seterusnya semua tetamu dibawa melawat lokasi perusahaan makanan yang diusahakan secara sekumpulan usahanita di PPR tersebut.

 

Pengusaha berkelompok tersebut dibantu dengan penajaan pembelian chiller, oven dan mesin pengadun bagi memenuhi pengeluaran makanan yang makin meningkat.

 


 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Selepas itu, Encik Zaidy telah membawa semua hadirin melawat ke tapak kolam ternakan ikan air tawar yang mana tajaan FBS ini melibatkan pembelian pam air, benih ikan, makanan ikan selama 4 bulan selain pembelian barangan bagi pembinaan bumbung kolam ternakan tersebut.

 


 

 

 

 

 

Diharapkan bantuan dana yang diberikan FBS dengan kerjasama MyCARE ini dapat melebarkan lagi penghasilan produk yang dihasilkan seterusnya dapat meringankan beban dan meningkatkan pendapatan kepada mereka terlibat.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0