Hujung minggu ini, MyCARE menghantar beberapa kumpulan misi yang menggemblingkan badan korporat, institusi pendidikan, koperasi, yayasan dan syarikat pelancongan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi Pulau Lombok, Indonesia.
Misi kali ini turut disertai beberapa pengamal media cetak dan elektronik bagi meninjau perkembangan usaha-usaha pemulihan semula kesan-kesan gempa yang menjejaskan lebih 800,000 penduduk Lombok.
![]()
Misi MyCARE ke tiga kali ini mendapat kerjasama badan korporat khususnya Econsave, KRS Musleh dan Koperasi Muslimin yang mana masing-masing mengumpulkan dana bantuan untuk disalurkan bagi membangun beberapa projek seperti masjid, madrasah, rumah dan perigi yang masih diperlukan oleh mangsa gempa.
Rombongan turut memepruntukan untuk beberapa bantuan iaitu membina 1 masjid spara kekal, 1 bangunan madrasah spara kekal. 24 rumah senyum, 2 perigi, 400 pek makanan keluarga, 900 hygiene kit untuk wanita, 150 telekung sembahyang, 50 bantuan Back2School, 1,700 bungkusan hadiah untuk kanak-kanak serta wang tunai yang dianggarkan bernilai RM4,500.00.
![]()
MyCARE kini turut merancang bantuan gempa dan tsunami di Sulawesi. Dijangka misi pertama akan dihantar pada hari Ahad ini.
Ayuh sumbangkan untuk mangsa-mangsa gempa di Insonesia khususnya di Sulawesi. Masi membantu ringankan beban mereka melalui 3 langkah berikut:
1. DERMA
ONLINE: www.billplz.com/tsunamisulawesi
ATAU
BANK TRANSFER ke akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD”
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
2. MAKLUM PADA KAMI
Letakkan ref ‘sulawesi’ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +6018-3832458 (En. Aiman)
3. SEBARKAN
Sebarkan (share) info ini agar lebih ramai dapat turut sama menyumbang.
Terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua!