MyCARE terus bantu Yaman

Pada 26-27 Julai yang lalu, MyCARE telah menghadiri Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa ‘Partners for Yemen’ di Istanbul, Turkiye.

 

Persidangan ini dianjurkan oleh World Humanitarian Action Forum, Yemen International Agency for Development (YIAD), Human Access, IHH dan beberapa lagi NGO antarabangsa yang lain.

 

MyCARE diwakili oleh Pengerusi, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO, Haji Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar.

 


 

 

Krisis kemanusiaan di Yaman adalah antara yang terburuk di dunia pada ketika ini. Lebih 4 juta penduduk Yaman telah kehilangan tempat tinggal akibat perang yang berlaku sejak tahun 2015 menjadikan ia komuniti pelarian keenam terbesar di dunia.

 

“Di Yaman, hampir enam juta kanak-kanak hanya selangkah lagi daripada kebuluran, dan mereka sangat memerlukan sokongan segera,” kata Pejabat UNICEF dalam tweetnya.

 

Statistik juga menunjukkan:

 

– 85% daripada 33 juta rakyat Yaman hidup di bawah paras kemiskinan;
– 21 juta rakyat Yaman memerlukan bantuan makanan;
– 16 juta rakyat Yaman tidak mempunyai akses kepada air bersih dan sistem sanitasi;
– 14 juta rakyat Yaman mempunyai masalah keselamatan makanan dan malnutrisi;
– 280,000 kanak-kanak tidak mendapat akses pendidikan.

 

Badan kemanusiaan antarabangsa menganggarkan sejumlah USD4.3 billion diperlukan untuk membantu penduduk Yaman. Jika tidak, bencana kemanusiaan di sana akan menjadi lebih parah.

 

MyCARE telah menyatakan komitmen untuk turut serta menghulur bantuan kepada penduduk Yaman.

 

Kepada anda yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke “Tabung Harapan Yaman” MyCARE:

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.