MyCARE hantar Multi-parameter Patient Monitors ke 3 buah hospital

Menyahut rayuan para frontliners yang bertungkus-lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit COVID-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam, MyCARE telah memberikan 3 unit portable Multi-parameter Patient Monitors berharga hampir RM10,000 setiap satu dan 10 drip stands sebagai bantuan permulaan dan segera.

Satu set Multi-parameter Patient Monitors, biskut, roti, botol mineral dan sanitizer telah diserahkan kepada Dr. Thavan (wakil dari Unit Kecemasan) di Hospital Ampang oleh Ar. Syed Mohd Radhi selaku Ahli Pemegang Amanah MyCARE pada 17 Julai 2021. Pada hari yang sama, satu set Multi-parameter Patient Monitors, biskut, roti, botol mineral dan sanitizer juga telah diserahkan kepada Dr. Bala dan En. Mokhtar di Hospital Serdang oleh Dr. Fauziah Hasan selaku Ahli Pemegang Amanah MyCARE.

Satu lagi bantuan sedang disusun untuk diserahkan ke Hospital HUKM pada Isnin ini.

MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun. Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pelayaran Akan Bermula!

Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan MyCARE akan melancarkan misi baharu untuk terus berusaha memecahkan kepungan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza.Pada 2 Mei yang

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

Training of Volunteers Julai 2025

“TOV ini sangat bermanfaat, tersusun dan dijalankan dengan baik.” “Ia memberi pendedahan yang menyeluruh kepada peserta tentang kerja kemanusiaan serta peranan penting sukarelawan.” “Pengisian sangat

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama