MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL!!!

Kami team sukarelawan kembali ingin membantu seramai 180 orang anak-anak yang kurang bernasib baik untuk kempen Back2School.
 
Sesi persekolahan baharu semakin hampir. Jom bantu kami untuk membeli kelengkapan sekolah yang baru buat golongan B40 dan fakir miskin termasuk anak yatim dan orang Asli.
 
Siapa yang tak seronok apabila dapat benda baru kan?
 
Ibu bapa juga akan tersenyum gembira dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka. Namun, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kami juga berhasrat untuk mengadakan aktiviti psikososial bersama anak-anak ini.
 
Anda boleh menyumbang untuk pakej:
1. Malaysia (local) – Back2School (RM100) atau;
2. Aktiviti psikososial (RM30)
 
Sama-sama kita ukirkan senyuman mereka di hari pertama persekolahan mereka dengan menyumbang di:
https://mycare.qrd.by/volunteerfund
 
Anda juga boleh menyumbang untuk jumlah lain yang anda pilih di bawah tabung Pendidikan. Salurkan di:
http://mycare.qrd.by/mefvol
 
“Pendidikan adalah hak kanak-kanak, dan tanggungjawab kita bersama.”
 
Sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat bersama.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.