MRT 3.0 Sarawak Melabuhkan Tirainya

Alhamdulillah, selesai sudah MRT 3.0 Sarawak. Terima kasih di atas sokongan masyarakat Sarawak khususnya Bintulu yang menjadi tuan rumah MRT kali ini.

 

Pengisian bermula pada 25 Julai 2025 di mana wakil MyCARE, Puan Roha Hassan selaku Pengurus Besar Operasi dan Ustaz Ahmad Fathullah Ali, Aktivis MyCARE Bintulu telah bersiaran di Bintulu FM, RTM. Antara yang diluahkan adalah ajakan terhadap setiap individu untuk memberikan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin yang sedang menderita kelaparan dan kematian.

 

Manakala pada 27 Julai 2025, Pengerusi MyCARE, Prof Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha telah memberikan pengisian yang sangat menarik semasa sesi Santai Bersamamu Palestin di Pantai Tanjung Batu anjuran Pertubuhan IKRAM Bintulu.

 


 

 

Acara kemuncak dilaksanakan pada 27 Julai 2025. Hi-Tea Kemanusiaan: Bersamamu Palestin telah berjaya mencapai sasaran dari sudut jualan meja, sumbangan dan mesej kemanusiaan yang ingin disampaikan.

 

Bertempat di Kemena Plaza Hotel, Bintulu, Sarawak, majlis Hi Tea ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Iskandar Turkee sambil disaksikan oleh 150 orang tetamu yang hadir.

 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Prof. Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin bin Mustapha merangkap Pengerusi MyCARE, Datuk Abdul Kadier Sahib, Puan Roha Hassan selaku Pengurus Besar Operasi MyCARE, Dr. Abdul Rahim Shehab, Saudari Heba M. Shehab, serta Ustaz Salleh bin Morshidi.

 


 

 

 

 

Pengisian seterusnya berlangsung pada 28 Julai 2025. Perkongsian Bersamamu Palestin untuk anak-anak penerus perjuangan di Sekolah Rendah Integrasi Al Amin yang telah disampaikan oleh Saudari Heba A.M.Shehab, Penceramah jemputan yang berasal dari Palestin dan Puan Raimi Sayuti, Pengurus Penajaan MyCARE.

 

Tirai MRT 3.0 Sarawak di tutup dengan Sesi Bersamamu Palestin di Institut Tahfiz Bintulu oleh Dr. Abdul Rahim Shehab, Penceramah jemputan yang berasal dari Palestin dan Ahmad Harith Zuleffendi, Koodinator MyCARE Negeri.

 

 

 

Walaupun tirai MRT 3.0 Sarawak telah dilabuhkan, MyCARE menyeru rakyat Sarawak untuk teruskan sokongan, bantuan dan doa untuk rakyat Palestin dan golongan yang memerlukan.

 

Seterusnya, MRT 3.0 akan ke Negeri Sembilan mulai 8-10 Ogos 2025.

 

Nantikan hebahan selanjutnya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.