[MisiKemanusiaanMyCARE] Bantuan Tak Kira Agama & Bangsa

Pagi-pagi lagi kami melalui lorong-lorong sempit untuk menemui anak-anak yatim di bumi Nepal.

 

Kami sempat mengunjungi rumah Regina yang kematian ayah sejak kecil. Bersama ibu, nenek, ibu saudara serta keluarga yang lain tinggallah Regina di rumah yang sempit untuk 6 orang.

 

Tiada sungutan kedengaran namun kemiskinan menyukarkan kehidupan tanpa ayah tercinta.

 

Aman dan Akriti pulak adalah dua beradik yatim yang hanya ditanggung oleh ibu yang bekerja sebagai tukang cuci. Rumah yang serba kekurangan dengan bayaran sewa sebanyak 5,000 NPR adalah tempat mereka berlindung. Tanpa ayah di sisi kehidupan memang perit.

 


 

 

 

Team MyCARE seterusnya ke sekolah untuk menemui Dipendra. Kami telah disambut oleh anak yatim itu dengan senyuman manis yang sukar dilupa. Berusia 9 tahun dengan akhlak dan akademik yang cemerlang. Sikap sopannya memang menyenangkan. Ibunya tak dapat ditemui kerana sedang bekerja.

 

Dipendra, Regina, Aman dan Akriti adalah antara 130 orang anak-anak yatim dan asnaf yang menerima agihan tunai di bumi Nepal semasa team Misi Kemanusiaan MyCARE berada di Kathmandu dan Sunseri.

 

Kami mengadakan agihan di sekolah, madrasah serta rumah-rumah mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

 

 


 

 

Sekiranya para penyumbang ingin membantu anak-anak seperti Dipendra, Regina, Aman, Akriti, Khodijah, Nur Alam, Sufyan, Anjali, Sabiri dan ramai lagi, boleh hubungi kami di MyCARE.

 

Salurkan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf melalui:

 

Atau taja anak yatim dan asnaf secara bulanan atau tahunan di sini:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kapal FF & TMTG dipintas

RASMI   Semua kapal FFCxTMTG telah dipintas di perairan antarabangsa lingkungan 120 batu nautika dari Gaza.   Semua hubungan telah terputus dan nasib mereka tidak

Sidang Media Break the Siege 2

Sekitar sidang media dan taklimat Break The Siege 2 yang disampaikan oleh CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar di ibu pejabat MyCARE, Seri

Gaza, kami datang!

Puluhan kapal telah dipintas.Namun, semangat kemanusiaan tidak akan pernah karam.Masyarakat dunia tidak akan sesekali menyerah kalah.Gelombang ketiga Misi Kemanusiaan ke Gaza kini sedang berlayar —

Delegasi Malaysia menuju ke Gaza

Seramai lapan orang rakyat Malaysia termasuk doktor perubatan, pakar undang-undang Antarabangsa, pengamal media dan aktivis telah berlepas menaiki kapal dari Pelabuhan Otronto, Italy menuju ke