Alhamdulillah, delegasi Misi Kemanusiaan Afghanistan MyCARE – Econsave telah mendarat di Kabul.
Misi ini membawa objektif untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan peletakan batu asas bagi pembinaan sebuah sekolah untuk anak-anak di Afghanistan, di mana ini merupakan sekolah ke-4 yang bakal didirikan hasil kerjasama MyCARE dan Econsave.
Sehingga kini, Econsave telah mengumpulkan dana dan menyumbang lebih RM11 juta untuk pelbagai tujuan murni termasuk penyaluran bantuan-bantuan kemanusiaan melalui MyCARE semenjak tahun 2011.
Sebagai tambahan, MyCARE dan Econsave telah berjaya mendirikan sekolah di Yaman, Syria dan Gaza.
Ikuti perkembangan daripada delegasi misi dari semasa ke semasa di laman sosial MyCARE.
MyCARE sedang melakasanakan kempen Bantuan Kemanusian Afghanistan bagi mengumpulkan dana bantuan makanan, perubatan dan pendidikan kepada mereka yang terkesan.
Salurkan bantuan anda di: